Saturday, October 31, 2009

Kembali bekerja..huhuhu

Setelah 3 bulan bercuti (tambah cuti menjaga anak sebulan), aku kini menyambung semula kerja...hohoho. Rasa berat hati nak meninggalkan anak..untuk 10jam pun.Walaumacamanapun, sedikit kelegaan di hati kerana den meninggalkan Q dengan ibuku..bukan individu yang tidak ku kenali. Bukan tak nak cari babysitter, tapi mengenangkan sejak akhir-akhir ni, khabar yang kurang enak untuk di dengari mengenai pengasuh budak ni. Tak apalah, sekurang-kurangnya ibuku tidak kesunyian (cuma risau pulak jika mak berpenat menjaga cucu nan seorang ni).

Tanpa persediaan...wohooo..ibu tak ajar adik bersungguh-sungguh minum dalam botol (bahasakan anakku adik..hahaha) minum botol (ajar, tapi adik tak nak....). Adik cuma nak minum dlm botol jika letak air masak (pembetulan - anakku ini minum/mandi dengan air Oxy Pi) & opah plus dengan gula...hohoho..hilang entitled breastfeed exclusively.

Alhamdulillah, sejak training dengan cekal hati oleh opahnya, tanpa mengira tangisan..maka adik pun redha minum dalam botol. Itupun nak SUSU IBU. Adik tolak minum dalam botol jika disuakan susu formula (sian B membazir beli susu snow..susu lactogen 1). Syukur alhamdulillah, agaknya sebab ibu pernah berkata dengan adik (masa dalam kandungan), ibu akan susukan adik dengan SUSU IBU seboleh-bolehnya sehingga usia 2 tahun. Tapi ituler...dalam pantang baru fikir camner nak bekalkan susu ibu time dah kerja?? Masa tulaaa terfikir pam susu (manual/elektrik).

Syukur lagi sekali kerana Boh Q sudi membelikan ibu pam susu...hoyeeeeeeeee..so, dah berhari-hari survey...sampai berminggu-minggu...sampai nak dekat habis tempoh pantang 2 bulan...baru aku ambil keputusan, beli Spectra 3. Hajat di hati nak rembat yang riban2..tapi memikirkan soal kewangan & bajet, maka spectra 3 pun dah kira baguslah.

Memula pam susu ...aduhai kechewa makcik..apo ciput jerk ni..2oz nak dpt pun dekat setgh jam utk kedua2 belah. ciput2...xckup...Q minum agak banyak & lama kalau bergayut tu...
Setelah 2-3 minggu train pam (sebenarnya lagi 3-4 hari nak kerja baru pam..hahaha), hasilnya kuantiti pun meningkatkan sikit demi sikit.

Tapi..ada jerk tapi-tapi den ni...tapi aku terfikir, setgh jam-sejam pam dpt 3oz..ni sekali nyusu jerk ni..mana cukup..Mula laa bertanya Sya, member sekerja, sama2 ngandung masa report duty tempat baru...& deliver baby boy middle August 2009 xslah den.

Sya guna pam Medela manual...dari cerita-ceriti dia, mmg bagus..kejap jerk pam dpt 7-8oz (berbeza dengan den). Upsss...macamana ni. Dia guna manual yang nak pam tangan pun dpt banyak, aku ni ciput jerk. Klau boleh, xnak ler amik masa lama sangat nak pam ni...nanti bos kata aku ngulor plak..walhalnya mkcik asyik ulang alik ke pantry (utk sterilize/cuci bekas) dan ke surau (utk pam)..

Hurmmm...xper2, sabar itu kunci kejayaan...by the time being, mungkin ada solution lebih baik & hasilnya lebih baik.

p/s : harini try pam dengan cara sebelah BF, sebelah pam (agak terkial2 gak ler memula)...tapi mmg bagus hasilnya let-down tu lebih cpt kalau BF baby di sebelah

*Nanti ada masa, den lotaklaa gambo2 yang berkenaan yo..sekarang kome baca jerk ler apa aku cecer/bebel kan....