Wednesday, December 23, 2009

Entri sambil mengepam...

Hahaha..buat pertama kalinya dalam sejarah, aku mengepam sambil menulis entry ini. Klau tidak tu, sebelah kanan kena di takungi sebab keluar serentak. Humm..mudah rupanya kalau boleh buat 2 in 1 ni..xsalah laa aku order Pumpin' Pal - Original Hands-Free Strap dari fabulousmom.com

Idea ni datang bila aku masukkan corong pam dalam nursing bra tu..alih2 boleh di ampu corong tu..kira ok laa...lepas ni ingat nk buat double pumping laa...jimat masa.tapi itulah, kuasa suction Spectra 3 kesayangan ku ini semakin berkurangan,sehinggakan aku berasa kurang puas (means B xkosong sepenuhnya). Part mana yang bermasalah agaknya ni???

Adakah Spectra 3 ini merayu untuk di hantar servis?? Wohh..kalau perlu diservis, bagaimana mahu mengepam..aku tidak menyediakan backup pam..huhuhu.Sure mengambil masa yang lama kan??

Tapi dari pembacaan ku semalam di susuibu.com, kadang2 puncanya dari membrane putih tu. Dia dah haus/menipis..kerana dangkalnya ilmu, aku pergi strelize atau dalam kata lain aku rendam dalam air panas sekali dengan corong, valve dan botol susu anak. Rupa-rupanya enggak bisa dongg...waduh2...klau disebabkan membrane, oklah..cost dia baru Rm18.00 dan itu tidak akan memisahkan aku dengan Spectra 3 ku..

"Sekarang tgh let-down" ..alhamdulillah

Jika perlu diservis, harus aku survey pam manual ker? Wohohooooo...atau mencari pam elektrik juga..

Humm...teringatkan kata-kata Elin tempohari ler...Beliau setuju untuk meminjamkan Spectra 3 beliau..boleh ker Elin..hehehhe, ko pun dah sign surat 'STOP' pumping kan???

Apa-apa pun tunggu tukar membrane dulu...

"Let-down menjadi untuk B sebelah kanan (biasa susah nak let-down kanan...hoho)alhamdulillah..boleh dapat 3oz.

Total collection : 10oz...syukran ya Allah

Breastfeeding Journey...

Betul ker ejaan aku kata atas tu?? Hahahah..sendiri paham jerk ler erk..lagi pun sapo jerk nak baca entri acik ni.

Sejak melahirkan dan menyusui E-Q, aku berasa satu kepuasan melihat anak membesar dengan sihat. Tiap-tiap bulan, rutin ke klinik (kali ini aku terpaksa mengutamakan klinik private untuk menjimatkan MASA), dan waktu timbangan beratnya, aku sedikit seronok..muakakak, sibuk nak tau berat anak yg kadang2 aku sendiri tak daya nak pangku (even jalan2 di pasaraya).

So,untuk recall balik...berat semasa kelahiran 3.12kg, usia sebulan lebih beratnya 4.2kg, masuk bulan kedua beratnya 5.1kg xsalah acik..3bulan lebih beratnya mencecah 6.2kg dan terbaru Ahad lepas (20/12/2009) beratnya adalah 6.8kg. Kalau diikut carta pada timbangan tu..beratnya 80% tumbesaran ke apa. Entah..tak paham..tapi xbertanya lak ngan staff situ..Yang aku paham, usia baby 5 bulan berat sepatutnya 6.9kg.Tapi anakku itu baru sahaja 4bulan 3minggu (aci tak??hahha) pun dah cecah 6.8kg.

Alhamdulillah, walaupun anak ini tidak exclusive breastfeeding (mana taknya...opah & moyang dia suh bagi air masak@air oxy..air woodward laa) so dah hilang tahap exclusivenya..tapi aku masih berkeras untuk memberikan HANYA SUSU IBU...biarpun aku dapati sejak dua menjak ni, jarang B rasa engorge (tul ker ejaan ni)..

Aku fikirkan sebab rutin kerja yang kadang2 agak sibuk (sampai sdikit pressure), kekurangan minum air suam/putih, membuatkan kuantiti stok EBM ku pun makin merosot. Agak cuak tgk stok yang tahan untuk 2-3 hari sahaja...huhuh...

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sikap M yang membaluti hati dan diri ini...Kenapa masa awal kerja aku boleh bangun seawal jam 4 pagi untuk pam susu..kenapa tidak kini??? Arrgghhh..Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anak ini dengan susu ibu untuk tempoh 2 tahun ini.

Agak cemburu melihatkan posting2 dari lunatots.com (pembaca tegar web kak sue) yang berkongsi kisah kejayaan menyusui anak sehingga tempoh 2 tahun. Harapnya aku nanti begitulah....Humm, panjang dah entri ni..Lenkali sambung plak

Thursday, December 3, 2009

Kerja vs rumahtangga

Haa..baca posting orang dalam blog..teringat nak update blog sendiri..tapi apa nak cerita yer??
Kalau nak diikutkan..banyak menda yang nak aku bebelkan...tapi lambakan kerja ni buat aku lebih senang menyendiri..atau berdiam diri bila dapat peluang especially time balik rumah. Rasa macam malas jer nak bersembang...nak bercakap..bergebang dengan mereka-mereka yang berhampiran dengan ku kecuali adik@e-q yang berusia 4 bulan dah sekarang ni.

Kerja..kalau dulu, sebelum pergi kerja..duk pikir..apa nak buat arini yer..yang berkesudahannya dengan tidak membuat apa-apa. Tapi di sini, belum menjelma esok, sudah ku fikir...ohh, ni ada tugasan besok ni. Even on the way pergi kerja pun sudah tersenarai kerja yang perlu dibereskan. Terutamanya di hujung-hujung tahun @ hujung bulan..banyak situasi nak fikir dan banyak pengiraan yang perlu dititikberatkan (ker aku yg cerewet untuk membuat kesilapan hatta 1 sen pun??? ). Even nak minum air masak pun limited (sebabnya pantry yang agak jauh) menyebabkan aku malas nak ulang alik pergi amik air..huhuhu(sungguh tak bagus amalan kurang minum air masak!)

So, bila balik tu...kengkadang rasa penat yang amat, bukan fizikal yang penat. Tp, minda yang penat duk fikirkan kerja. Balik terus terkam anak (tapi mak dah kasik amaran awal2--basuh kaki, tangan & muka sebelum pegang anak), tengok wajah yang serius e-q tu dan keghairahan untuk menyusukan anak secepat mungkin..beban kerja tu hilang buat sementara waktu.

Banyak kerja ni pun sedikit sebanyak mengganggu waktu aku pam susu...kalau rasa 'lega' sikit..jam 9.30pagi dah di pam..klau sibuk sangat, kadang-kadang jam 10.30pagi..dah rasa memberat sangat baru pam...huhu, risau juga kalau kekurangan bekalan susu sebab kurang memberikan 'signal' demand pada otak untuk produce lagi susu.

Kerja rumahtangga sedikit sebanyak (untuk masa ini !!!) agak berkurangan, dengan bantuan mak yang mengambil alih tugas masak memasak ni (alhamdulillah)..entah macamana agaknya akan aku handle bila kami berasingan nanti??? Tak terkejar lah aku jawabnya...Hohohoh..

Rumah 2 tingkat ni pun bagiku, menyusahkan jerk..ahahahhaha. Sebab kejap2 nak naik..kejap2 nak turun..kalau difikirkan dari sudut positif, memang bagus untuk latihan turun naik tangga. Tapi kalau di fikirkan negatif..kot tergolek jatuh sebab dah xlarat turun naik..haru gak kan? hahahhah...

Whatever..dah tak sabar dah nak pindah rumah yang B beli di Cheras Perdana. Rumah teres satu tingkat senang untuk kelancaran traffic menguruskan rumah tangga...Hahaha..Bila agaknya boleh selesai urusan di bank pun entahla..Naik menyampah nak tunggu. Berbulan-bulan proses beli rumah second hand ni, sampai dah kena bayar interest kelewatan 2 bulan, walhal urusan yang lewat adalah di bank, mengapa kami pula yang kena bayar??? Pelikkan???

Haa..dah agak panjang aku membebel menggunakan pc office ni (ni pertama kali erk..). Nanti ada kelapangan masa dan pc rumah pun dah ok....banyak lagi aku nak posting ni..tungguuuuu !!!

Saturday, October 31, 2009

Kembali bekerja..huhuhu

Setelah 3 bulan bercuti (tambah cuti menjaga anak sebulan), aku kini menyambung semula kerja...hohoho. Rasa berat hati nak meninggalkan anak..untuk 10jam pun.Walaumacamanapun, sedikit kelegaan di hati kerana den meninggalkan Q dengan ibuku..bukan individu yang tidak ku kenali. Bukan tak nak cari babysitter, tapi mengenangkan sejak akhir-akhir ni, khabar yang kurang enak untuk di dengari mengenai pengasuh budak ni. Tak apalah, sekurang-kurangnya ibuku tidak kesunyian (cuma risau pulak jika mak berpenat menjaga cucu nan seorang ni).

Tanpa persediaan...wohooo..ibu tak ajar adik bersungguh-sungguh minum dalam botol (bahasakan anakku adik..hahaha) minum botol (ajar, tapi adik tak nak....). Adik cuma nak minum dlm botol jika letak air masak (pembetulan - anakku ini minum/mandi dengan air Oxy Pi) & opah plus dengan gula...hohoho..hilang entitled breastfeed exclusively.

Alhamdulillah, sejak training dengan cekal hati oleh opahnya, tanpa mengira tangisan..maka adik pun redha minum dalam botol. Itupun nak SUSU IBU. Adik tolak minum dalam botol jika disuakan susu formula (sian B membazir beli susu snow..susu lactogen 1). Syukur alhamdulillah, agaknya sebab ibu pernah berkata dengan adik (masa dalam kandungan), ibu akan susukan adik dengan SUSU IBU seboleh-bolehnya sehingga usia 2 tahun. Tapi ituler...dalam pantang baru fikir camner nak bekalkan susu ibu time dah kerja?? Masa tulaaa terfikir pam susu (manual/elektrik).

Syukur lagi sekali kerana Boh Q sudi membelikan ibu pam susu...hoyeeeeeeeee..so, dah berhari-hari survey...sampai berminggu-minggu...sampai nak dekat habis tempoh pantang 2 bulan...baru aku ambil keputusan, beli Spectra 3. Hajat di hati nak rembat yang riban2..tapi memikirkan soal kewangan & bajet, maka spectra 3 pun dah kira baguslah.

Memula pam susu ...aduhai kechewa makcik..apo ciput jerk ni..2oz nak dpt pun dekat setgh jam utk kedua2 belah. ciput2...xckup...Q minum agak banyak & lama kalau bergayut tu...
Setelah 2-3 minggu train pam (sebenarnya lagi 3-4 hari nak kerja baru pam..hahaha), hasilnya kuantiti pun meningkatkan sikit demi sikit.

Tapi..ada jerk tapi-tapi den ni...tapi aku terfikir, setgh jam-sejam pam dpt 3oz..ni sekali nyusu jerk ni..mana cukup..Mula laa bertanya Sya, member sekerja, sama2 ngandung masa report duty tempat baru...& deliver baby boy middle August 2009 xslah den.

Sya guna pam Medela manual...dari cerita-ceriti dia, mmg bagus..kejap jerk pam dpt 7-8oz (berbeza dengan den). Upsss...macamana ni. Dia guna manual yang nak pam tangan pun dpt banyak, aku ni ciput jerk. Klau boleh, xnak ler amik masa lama sangat nak pam ni...nanti bos kata aku ngulor plak..walhalnya mkcik asyik ulang alik ke pantry (utk sterilize/cuci bekas) dan ke surau (utk pam)..

Hurmmm...xper2, sabar itu kunci kejayaan...by the time being, mungkin ada solution lebih baik & hasilnya lebih baik.

p/s : harini try pam dengan cara sebelah BF, sebelah pam (agak terkial2 gak ler memula)...tapi mmg bagus hasilnya let-down tu lebih cpt kalau BF baby di sebelah

*Nanti ada masa, den lotaklaa gambo2 yang berkenaan yo..sekarang kome baca jerk ler apa aku cecer/bebel kan....

Wednesday, September 9, 2009

Cahaya mata ibu....

Hurmm...diam xdiam dah ampir tamat waktu berpantang. Kalau tanya geng brsalin, semuanya membayangkan tempoh berpantang ni macam duk dlm penjara laa..terseksa ghoper gayenya. Tapi bagi teman, ituler yg best..ahaks...tempoh untuk berehat. Berehat dari melakukan aktiviti2 berat...dan kalau mampu elakkan dari memikirkan sebarang perkara yang boleh membuatkan hati kita gundah gulana.

Maklumlah, orang dalam pantang atau lepas bersalin ni..moodnya automatic akan jadi tidak menentu..sebab tu bagi mereka yang out of control, mudah terkena meroyan (ini pemahaman teman ler..klau kome xsetuju, sila komen yer)!

Nk kata teman dpt rehat sepenuh 100%, macam bede'ah bebeno ye dak...iyerler, mana nk cekoh anak lagi..nak bertungku lagi, nak berbengkung lagi..berurut lg...tp, bagi teman..best jerk buat mende2 ni seme. Cuma satu jerk ler hajat bapak teman idak tercapai...nak menyalai teman atas katil..hehehe..Sian abah, katanya dah siapkan dah persiapan menyalai tu.

Takpe lah bah..xdak rezeki along nampaknya. Apapun, dengan kaedah berpantang yg bagi aku tidak 100% seperti org dulu2, insya allah mampu turun lebih 20kg..waaawiii..xsangka i taww..ahaks..

Target nak kurangkan lagi 9kg jerk...agak2 kome, bole ke idak ???

Pe2 pun...ibu nak letak beberapa keping gambo anak bertuah ibu ni. Mana tau, nanti udoh masuk keroje...rindu2, boleh belek gambo adik dlm ni ye dak ??

Gambar yang paling ibu geeeeeram sangat2 ni..Banyak lagi posing2 adik yg buat penuh memory card hset ibu...tp sebab laptop atok iqah ni main raba2 jerk tetikus..mcm xlancar jerk ibu nak upload cecepat..so, ibu letak hat ni dulu na...

Sunday, August 30, 2009

Bidadari - Nur Kasih

Alhamdulillah..setelah 9 bulan menunggu, akhirnya pada 27hb Julai 2009, jam 5.48petang maka lahirlah seorg lagi hamba Allah yang diberi nama Nur Khaliqah Mohd Khalil. Nur Khaliqah membawa maksud 'yang bersopan santun' -- sebenarnya nak mirip nama paknya... huhh

Klau nak ikutkan cerita, panjang aku nak bebel part kelahiran bidadari ini.

Tapi xperla..tiap detik kelahiran itu akan ku ingati sampai bila-bila

Laa ni tgh dlm pantang yg bagi aku betul2 mencabar kesabaran seorang ibu.

Friday, May 22, 2009

Alhamdulillah..syukran2...rezeki di pagi Jumaat

Terlebih dahulu, aku memanjatkan kesyukuran @doa kerana dipanjangkan usia untuk satu lagi hari Jumaat...hurmm, Jumaat 22/5/2009...insya allah akan di ingati sebab byk surprise2 yang tidak di duga.

Seawal 8.17am, tatkala masuk office pun aku dah wat gempak @nari ..tgk kat pintu..ada faksimili, igtkan ada caw. antar report..tp, pelik gak..org anto report 17hb, plg lewat diorg akan bg report sebelum 17hb...mula2 xamik kisah gak..igt, lepas sarapan laaa, baru nk belek.

Tapi berat hati suruh baca isi kandungan fax tu...baru baca 3 line..aku dahhh...hoooooooo...@putuscinta sedihnyer...sedih bangat...pelik..

Sepatutnya situasi tu menghendaki aku tersenyum keriangan..tp, aku dok mengongoi (cam org nk nangis tu..)..akak2 opis semua menjerit tanya..napa lin..kenapa...aku masih dokk uhuhuhuhu, air mata dah berlinang...pergi kat tmpt kak normah..air mata dh genang2 dah ni..diorg sibuk ty..asal lin..dah nk beranak ker...

Aisehmen...akak2 opis ni prihatin betol..aku dah 7 bulan ni..biler peel cam tu jadi, ada ke ckp aku nak beranak..

Aku jawab belom laa...aku sedih ni..sedih sebab kene tuko dari tmpt paling best...@nangih

Kak akma, kak nora seme bising..igt air ketuban dah pecah ker....darah dah keluar ker..yg duk nangis2 tu..@hah@hah@hah . Aku xrasa lawak...dah siap kesat2 mata dah..Huhuhu, kene tuko..xbestnyer, camner ler tmpt baru nnt..dalam keadaan aku memboyot gini nak pergi redah nunnnn..jalan semarak tu..bygkan laa..adoiii

Akak2 sini seme cool down aku balik..ckp, xperlaa..rezeki anak tu..cepat jerk lin dpt jawatan tu...aku cakap...yerla, tp dlm masa sama sedih nk tinggalkan tempat ni even kerja kat sini membosankan aku..hikss

Takperlaa..rezeki Allah bagi. Sepatutnya tahun lepas lagi aku dah dpt memandangkan ada junior2 kat bhgn lain dah setahun diorg memangku..aku jerk tercicir sbb lewat dimaklumkan & periksa xamik lg...(malas laa nk amik peksa byk2...peksa aku nk habiskan degree pun dah penat)!!! Redha jerk ler..balik bincang ngan B camner nk kesana..bermula 1 Jun 2009.

Abis episod tu..masuk2..tgk meja aku ngan kotak2 pindah aritu belum pun aku kemas..cuma dah shred 2 kotak surat2/kertas xguna jerk..aduhlaa...hohoho

Selang 2 jam kemudian, zura bawak masuk slip kecik macam slip peperiksaan tu...bukak2 tgk..alamakkkkkkkkkkkk..kene hadiri peperiksaan khas plak dah utk Skim aku amik aritu...Astghfirullahalazim..seboleh2 nak elak periksa, tapi 27/2/2009 aritu aku mendaftar SPA utk jawatan yang ada degree..

So, arini 22/5/2009 dah kene panggil utk peperiksaan pada 10/6/2009. Pantas betol tu...kira2 dalam 3 bulan jerk ler...alhamdulillah..Sekali lg keluar mengadu dengan akak2 opis ni...semua tumpang gembira sebab dalam masa yang sama..aku terima kenaikan pangkat berbeza gred.

Aku cakap..mmg ler best...tp xbest tu..ada plak essay in BI...aku rasa aku xbagus sangat dalam penulisan (sbb tu masa PJJ ITM...xckup pointer..sbb jawab soalan cam budak tadika..hahaha
@siul) Waduh2..mula rasa mcam nk baca paper2 BI lepas ni...

Takper lg..redha la..pergi jerk ler periksa tu..mna tau ada rezeki kan.kan..selang 10minit dapat call dari SPA...mula2 xpaham apa dia cakap bah..slang sabahnya begitu kuat gitu. Tapi yg dpt aku tangkap..dia ty dh dpt slip peperiksaan..aku ckp baru jerk dpt.

Dia cakap...Akak telah dikecualikan dari menghadiri peperiksaan tersebut, kerana telah berada dalam perkhidmatan, cuma menunggu pihak SPA untuk memanggil ditemuduga. Surat akan dikeluarkan kemudian.

Alhamdulillah...syukur2...syukur sbb takperlu amik periksa..hahahaha..sbb cuak tgk skop2 peperiksaan tu...ada plak ujian matematik cover part algebra & geometri (sukatan SPM)....huhhh, mmg favourite subject...but almost 10 years meninggalkan SPM..so, mostly byk topik2 tak igt konsep & formula...

Amik masa jugak nk imbas subject Maths, nasib pakar matematik (abah & angah) ada kat rumah..heheheh

Alhamdulillah...syukur2...semoga apa yang berlaku mendapat keberkatan daripada-Nya dan ditempat baru nanti, aku harap situasi nya tidak begitu tertekan sbb nnt mempengaruhi mood & emosi nak pergi kerja..xtermotivated klau environment tension...
@gigit

Wednesday, May 20, 2009

Posting mencecer@membebel yang pertama

adohaiiiii...akhirnya aku teruskan jugak niat nk berblogging...even blog aku terdahulu dah disabled...kena suspend..@ketuk@ketuk@ketuk

Apola dosa makcik, 1-2 bulan xbukak blog utk update..gara2 morning sickness..@tumbuk blog makcik yg di usahakan since bulan apa erkk..Ogos 2008 selepas diri ini bergelar isteri, telah di close@soal

Tapi, atas kesedaran makcik...yg makcik ni glamour..dan ramai kawan2 yg ternanti2kan cerita dari makcik..maka, dengan desakan dari ningdut2...makcik berjaya buat blog..

waahhh..panjang pulak bicara pertama aku ni..xperlaa..mukaddimah..sok2 sambung lagi @kakros02