Betul ker ejaan aku kata atas tu?? Hahahah..sendiri paham jerk ler erk..lagi pun sapo jerk nak baca entri acik ni.
Sejak melahirkan dan menyusui E-Q, aku berasa satu kepuasan melihat anak membesar dengan sihat. Tiap-tiap bulan, rutin ke klinik (kali ini aku terpaksa mengutamakan klinik private untuk menjimatkan MASA), dan waktu timbangan beratnya, aku sedikit seronok..muakakak, sibuk nak tau berat anak yg kadang2 aku sendiri tak daya nak pangku (even jalan2 di pasaraya).
So,untuk recall balik...berat semasa kelahiran 3.12kg, usia sebulan lebih beratnya 4.2kg, masuk bulan kedua beratnya 5.1kg xsalah acik..3bulan lebih beratnya mencecah 6.2kg dan terbaru Ahad lepas (20/12/2009) beratnya adalah 6.8kg. Kalau diikut carta pada timbangan tu..beratnya 80% tumbesaran ke apa. Entah..tak paham..tapi xbertanya lak ngan staff situ..Yang aku paham, usia baby 5 bulan berat sepatutnya 6.9kg.Tapi anakku itu baru sahaja 4bulan 3minggu (aci tak??hahha) pun dah cecah 6.8kg.
Alhamdulillah, walaupun anak ini tidak exclusive breastfeeding (mana taknya...opah & moyang dia suh bagi air masak@air oxy..air woodward laa) so dah hilang tahap exclusivenya..tapi aku masih berkeras untuk memberikan HANYA SUSU IBU...biarpun aku dapati sejak dua menjak ni, jarang B rasa engorge (tul ker ejaan ni)..
Aku fikirkan sebab rutin kerja yang kadang2 agak sibuk (sampai sdikit pressure), kekurangan minum air suam/putih, membuatkan kuantiti stok EBM ku pun makin merosot. Agak cuak tgk stok yang tahan untuk 2-3 hari sahaja...huhuh...
Ya Allah, jauhkanlah aku dari sikap M yang membaluti hati dan diri ini...Kenapa masa awal kerja aku boleh bangun seawal jam 4 pagi untuk pam susu..kenapa tidak kini??? Arrgghhh..Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anak ini dengan susu ibu untuk tempoh 2 tahun ini.
Agak cemburu melihatkan posting2 dari lunatots.com (pembaca tegar web kak sue) yang berkongsi kisah kejayaan menyusui anak sehingga tempoh 2 tahun. Harapnya aku nanti begitulah....Humm, panjang dah entri ni..Lenkali sambung plak
Wednesday, December 23, 2009
Breastfeeding Journey...
Posted by Nur at 1:48 AM
Labels: Breastfeeding Journey
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment