Friday, April 2, 2010

Hati kembali dipagut rindu...

2 April 2010 - Pemergian Din Beramboi kerana disyaki Denggi berdarah..membuatkan diri ini dipagut pilu..Walaupun beliau tiada pertalian saudara mara ... tapi, keletahnya yang kadang-kadang menghiburkan peminat di kala duka..menjadikan arwah dekat di hati.

Dan sekali lagi...air mata ini laju mengalir sewaktu dalam perjalanan di pejabat. Entah kenapa...tapi, aku sedar, aku masih menangisi pemergian abah. Kehilangan yang tiba-tiba membuatkan duka ini belum berakhir. Keadaan mak yang tiada lagi ceria, menjadikan hari-hari yang berlalu seperti tiada maknanya...

5 April 2010 - Hari lahir abah yang ke-55.. tapi 6 April genap abah pergi 3 bulan yang lalu...

7 April 2010 - Hari lahir suami...B, maafkan E..

Siaran di Sinar.fm yang menemani ku saban hari sewaktu dalam kereta membuatkan aku menjadi lebih sayu...terutama lagu dari Uji Rashid - Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu...

Bila kali terakhir tengok wajah & anak mata abah ??? Pagi 6 Januari 2010 ??? Sewaktu hantar e-q???

Atau malam 5 April 2010, semasa abah menghadapi makan malam bersama anak-anaknya???

Yg Pasti kata-kata terakhir abah pagi tu "Malam ni tidur sini aje laa" tak pernah padam dari ingatan dan pendengaranku...



Kali Terakhir Kulihat Wajah Mu

Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi

Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata

Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali

Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan hanya sayang
Kepadaku...

Monday, January 25, 2010

Sepi Seorang Perindu...

Sepi Seorang Perindu

Bilaku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Bait-bait lagu diatas diputarkan Dj Sinar FM pagi tadi...membuatkan air mata ini berlinang mengalir tanpa dipaksa2 tanpa ditahan...sesungguhnya aku rindukan Abah...tiada sehari berlalu tanpa mengingatinya...ALfatihah

Tuesday, January 19, 2010

RXLite - Alternatif produk untuk Kurus/Menurunkan Berat Badan











RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.

RMLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.

RXLite berkhasiat dalam:-
* Membantu membakar lemak
* Diperkaya dengan vitamin dan mineral
* Rasa koko yang lazat
* Mengandungi anti-oksida

RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.

Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.

2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.

4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik 5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

Sebarang pertanyaan/order, sila hubungi

i) Nur - 017-3363500 / email : nurkhai_dcl@yahoo.com.my

ii) Khalil - 017-3363700



Monday, January 18, 2010

Ayahanda Tersayang Pergi Jua...Al-Fatihah

Ingin sekali ku abadikan detik-detik pemergian abah...kerana ingin ku memorikan sepanjang hayatku tentang keralatan/terkilannya aku tidak memandang wajah abah tatkala melangkah keluar pagi itu setelah menghantar e-q.

Terngiang-ngiang lagi suara terakhir abah..mengajak dan meminta ku tidur di rumah itu malam ini. Hakikatnya, memang kami sekeluarga tidur di rumah itu...tanpa abah di sisi.

Terbayang-bayang lagi saat abah santap pizza hut yg along beli di pasar malam. Buah duku langsat kegemaran abah yg along dan najmi belikan.. dan bagaimana abah makan dengan membelakangkan kami yg mengadap rezeki...

Allah...sungguh aku rindu kan wajah abah yang berjambang..yg kami gelarkan 'atok taliban' sebab abah bela jambang dan bauk sejak berpencen ni...sungguh aku rindukan suara kasarnya..

Ya Allah, sungguh cepat kau tarik nikmat kasih sayang seorang ayah bagi kami..sehinggakan aku tidak berpeluang menjaga abah seperti mana abah menjaga aku.

Jauh disudut hati, aku redha ya Allah dengan pemergian abah..kerana, abah seorang lelaki, suami dan bapa yang TERbaik bagi kami sekeluarga...Sungguh tiada kata-kata mampu dilafazkan kerana pemergian abah yang terlalu pantas...terlalu cepat.

Abah tak sakit teruk walaupun kerap mengadu sakit dada, pedih ulu hati..

Sungguh aku terkilan, kerana tidak sempat pulang untuk menatap mata abah...

Tuesday, January 5, 2010

Cloth Diaper - Ibu sudah mula rambang mata..@--

Aduhaiii...sejak bergelar ibu ni, rasanya 98% keperluan adalah untuk adik..dari segenap segi dan sudut, baik rohani mahupun jasmani/material. So, sejak melanggan majalah Pa & Ma, banyak info2 menarik yang membantu khususnya bagi ibu baru. Termasuklah den ni haa...tetiba mata ku terlihat pada kemeriahan warna-warni pampers. Menarik betol..(masa tu tidak terfikir menarik dari segi kosnya).

Jika ada kesempatan melayari internet, sudah pasti ibu akan membaca tentang PJP (Pampers Jangka Panjang)..istilah bagi sendiri *muakakakka*.

So, tak hengat laa biler...last 3 weeks kot, menapak ke Lunatots Showroom untuk merembat Lunatots Cloth Diaper. Itupun selepas iqah ada rashes laa plak..ni gara2 pakai pampers tuttttt..(konon2 nak tukar, asyik pakai Pet-Pet jerk..walhal Pet2 laa lebih ekonomi dan serasi bersama dengan i-q).

Ibu tak fikir panjang dah,...amik yang jual pakej - 5 velcro (senang pakai velcro,i-q bukan reti duk diam masa nak menyiapkan dia..even tak boleh amik masa lama pun untuk menyiapkan dia..kang mula laa..bergolek laa..menjerit laa...)

So, abah pilih warna -- Pink, Hijau, Kuning, Hitam (mengapa laa hitam...kui2..)satu lagi lupa dah...

Dan secara rasminya, i-q dah mula ber-cding sejak 2 malam lepas. Itupun masa malam sahaja..sebab stok CD tak banyak lagi. Nantilah dari masa ke semasa ibu akan menambah stok..ahakkss