Monday, January 18, 2010

Ayahanda Tersayang Pergi Jua...Al-Fatihah

Ingin sekali ku abadikan detik-detik pemergian abah...kerana ingin ku memorikan sepanjang hayatku tentang keralatan/terkilannya aku tidak memandang wajah abah tatkala melangkah keluar pagi itu setelah menghantar e-q.

Terngiang-ngiang lagi suara terakhir abah..mengajak dan meminta ku tidur di rumah itu malam ini. Hakikatnya, memang kami sekeluarga tidur di rumah itu...tanpa abah di sisi.

Terbayang-bayang lagi saat abah santap pizza hut yg along beli di pasar malam. Buah duku langsat kegemaran abah yg along dan najmi belikan.. dan bagaimana abah makan dengan membelakangkan kami yg mengadap rezeki...

Allah...sungguh aku rindu kan wajah abah yang berjambang..yg kami gelarkan 'atok taliban' sebab abah bela jambang dan bauk sejak berpencen ni...sungguh aku rindukan suara kasarnya..

Ya Allah, sungguh cepat kau tarik nikmat kasih sayang seorang ayah bagi kami..sehinggakan aku tidak berpeluang menjaga abah seperti mana abah menjaga aku.

Jauh disudut hati, aku redha ya Allah dengan pemergian abah..kerana, abah seorang lelaki, suami dan bapa yang TERbaik bagi kami sekeluarga...Sungguh tiada kata-kata mampu dilafazkan kerana pemergian abah yang terlalu pantas...terlalu cepat.

Abah tak sakit teruk walaupun kerap mengadu sakit dada, pedih ulu hati..

Sungguh aku terkilan, kerana tidak sempat pulang untuk menatap mata abah...

0 comments: