Wednesday, December 23, 2009

Entri sambil mengepam...

Hahaha..buat pertama kalinya dalam sejarah, aku mengepam sambil menulis entry ini. Klau tidak tu, sebelah kanan kena di takungi sebab keluar serentak. Humm..mudah rupanya kalau boleh buat 2 in 1 ni..xsalah laa aku order Pumpin' Pal - Original Hands-Free Strap dari fabulousmom.com

Idea ni datang bila aku masukkan corong pam dalam nursing bra tu..alih2 boleh di ampu corong tu..kira ok laa...lepas ni ingat nk buat double pumping laa...jimat masa.tapi itulah, kuasa suction Spectra 3 kesayangan ku ini semakin berkurangan,sehinggakan aku berasa kurang puas (means B xkosong sepenuhnya). Part mana yang bermasalah agaknya ni???

Adakah Spectra 3 ini merayu untuk di hantar servis?? Wohh..kalau perlu diservis, bagaimana mahu mengepam..aku tidak menyediakan backup pam..huhuhu.Sure mengambil masa yang lama kan??

Tapi dari pembacaan ku semalam di susuibu.com, kadang2 puncanya dari membrane putih tu. Dia dah haus/menipis..kerana dangkalnya ilmu, aku pergi strelize atau dalam kata lain aku rendam dalam air panas sekali dengan corong, valve dan botol susu anak. Rupa-rupanya enggak bisa dongg...waduh2...klau disebabkan membrane, oklah..cost dia baru Rm18.00 dan itu tidak akan memisahkan aku dengan Spectra 3 ku..

"Sekarang tgh let-down" ..alhamdulillah

Jika perlu diservis, harus aku survey pam manual ker? Wohohooooo...atau mencari pam elektrik juga..

Humm...teringatkan kata-kata Elin tempohari ler...Beliau setuju untuk meminjamkan Spectra 3 beliau..boleh ker Elin..hehehhe, ko pun dah sign surat 'STOP' pumping kan???

Apa-apa pun tunggu tukar membrane dulu...

"Let-down menjadi untuk B sebelah kanan (biasa susah nak let-down kanan...hoho)alhamdulillah..boleh dapat 3oz.

Total collection : 10oz...syukran ya Allah

Breastfeeding Journey...

Betul ker ejaan aku kata atas tu?? Hahahah..sendiri paham jerk ler erk..lagi pun sapo jerk nak baca entri acik ni.

Sejak melahirkan dan menyusui E-Q, aku berasa satu kepuasan melihat anak membesar dengan sihat. Tiap-tiap bulan, rutin ke klinik (kali ini aku terpaksa mengutamakan klinik private untuk menjimatkan MASA), dan waktu timbangan beratnya, aku sedikit seronok..muakakak, sibuk nak tau berat anak yg kadang2 aku sendiri tak daya nak pangku (even jalan2 di pasaraya).

So,untuk recall balik...berat semasa kelahiran 3.12kg, usia sebulan lebih beratnya 4.2kg, masuk bulan kedua beratnya 5.1kg xsalah acik..3bulan lebih beratnya mencecah 6.2kg dan terbaru Ahad lepas (20/12/2009) beratnya adalah 6.8kg. Kalau diikut carta pada timbangan tu..beratnya 80% tumbesaran ke apa. Entah..tak paham..tapi xbertanya lak ngan staff situ..Yang aku paham, usia baby 5 bulan berat sepatutnya 6.9kg.Tapi anakku itu baru sahaja 4bulan 3minggu (aci tak??hahha) pun dah cecah 6.8kg.

Alhamdulillah, walaupun anak ini tidak exclusive breastfeeding (mana taknya...opah & moyang dia suh bagi air masak@air oxy..air woodward laa) so dah hilang tahap exclusivenya..tapi aku masih berkeras untuk memberikan HANYA SUSU IBU...biarpun aku dapati sejak dua menjak ni, jarang B rasa engorge (tul ker ejaan ni)..

Aku fikirkan sebab rutin kerja yang kadang2 agak sibuk (sampai sdikit pressure), kekurangan minum air suam/putih, membuatkan kuantiti stok EBM ku pun makin merosot. Agak cuak tgk stok yang tahan untuk 2-3 hari sahaja...huhuh...

Ya Allah, jauhkanlah aku dari sikap M yang membaluti hati dan diri ini...Kenapa masa awal kerja aku boleh bangun seawal jam 4 pagi untuk pam susu..kenapa tidak kini??? Arrgghhh..Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki anak ini dengan susu ibu untuk tempoh 2 tahun ini.

Agak cemburu melihatkan posting2 dari lunatots.com (pembaca tegar web kak sue) yang berkongsi kisah kejayaan menyusui anak sehingga tempoh 2 tahun. Harapnya aku nanti begitulah....Humm, panjang dah entri ni..Lenkali sambung plak

Thursday, December 3, 2009

Kerja vs rumahtangga

Haa..baca posting orang dalam blog..teringat nak update blog sendiri..tapi apa nak cerita yer??
Kalau nak diikutkan..banyak menda yang nak aku bebelkan...tapi lambakan kerja ni buat aku lebih senang menyendiri..atau berdiam diri bila dapat peluang especially time balik rumah. Rasa macam malas jer nak bersembang...nak bercakap..bergebang dengan mereka-mereka yang berhampiran dengan ku kecuali adik@e-q yang berusia 4 bulan dah sekarang ni.

Kerja..kalau dulu, sebelum pergi kerja..duk pikir..apa nak buat arini yer..yang berkesudahannya dengan tidak membuat apa-apa. Tapi di sini, belum menjelma esok, sudah ku fikir...ohh, ni ada tugasan besok ni. Even on the way pergi kerja pun sudah tersenarai kerja yang perlu dibereskan. Terutamanya di hujung-hujung tahun @ hujung bulan..banyak situasi nak fikir dan banyak pengiraan yang perlu dititikberatkan (ker aku yg cerewet untuk membuat kesilapan hatta 1 sen pun??? ). Even nak minum air masak pun limited (sebabnya pantry yang agak jauh) menyebabkan aku malas nak ulang alik pergi amik air..huhuhu(sungguh tak bagus amalan kurang minum air masak!)

So, bila balik tu...kengkadang rasa penat yang amat, bukan fizikal yang penat. Tp, minda yang penat duk fikirkan kerja. Balik terus terkam anak (tapi mak dah kasik amaran awal2--basuh kaki, tangan & muka sebelum pegang anak), tengok wajah yang serius e-q tu dan keghairahan untuk menyusukan anak secepat mungkin..beban kerja tu hilang buat sementara waktu.

Banyak kerja ni pun sedikit sebanyak mengganggu waktu aku pam susu...kalau rasa 'lega' sikit..jam 9.30pagi dah di pam..klau sibuk sangat, kadang-kadang jam 10.30pagi..dah rasa memberat sangat baru pam...huhu, risau juga kalau kekurangan bekalan susu sebab kurang memberikan 'signal' demand pada otak untuk produce lagi susu.

Kerja rumahtangga sedikit sebanyak (untuk masa ini !!!) agak berkurangan, dengan bantuan mak yang mengambil alih tugas masak memasak ni (alhamdulillah)..entah macamana agaknya akan aku handle bila kami berasingan nanti??? Tak terkejar lah aku jawabnya...Hohohoh..

Rumah 2 tingkat ni pun bagiku, menyusahkan jerk..ahahahhaha. Sebab kejap2 nak naik..kejap2 nak turun..kalau difikirkan dari sudut positif, memang bagus untuk latihan turun naik tangga. Tapi kalau di fikirkan negatif..kot tergolek jatuh sebab dah xlarat turun naik..haru gak kan? hahahhah...

Whatever..dah tak sabar dah nak pindah rumah yang B beli di Cheras Perdana. Rumah teres satu tingkat senang untuk kelancaran traffic menguruskan rumah tangga...Hahaha..Bila agaknya boleh selesai urusan di bank pun entahla..Naik menyampah nak tunggu. Berbulan-bulan proses beli rumah second hand ni, sampai dah kena bayar interest kelewatan 2 bulan, walhal urusan yang lewat adalah di bank, mengapa kami pula yang kena bayar??? Pelikkan???

Haa..dah agak panjang aku membebel menggunakan pc office ni (ni pertama kali erk..). Nanti ada kelapangan masa dan pc rumah pun dah ok....banyak lagi aku nak posting ni..tungguuuuu !!!